| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kajang<br>

Pada 7 Oktober 2016 (Jumaat) Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni tahun 2016 bertempat di Padang Penjara. Seramai 30 orang kakitangan dan 174 penghuni terlibat dalam menjayakan program tersebut.  Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Wanita Kajang,  PKK Zamiah @ Zaimiah Bt Parman sekaligus merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni. Susun atur program dimulakan dengan aktiviti senamrobik, 10 acara sukaneka dan tarik tali. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni dalam penjara merasai amalan budaya bersukan bagi menyahut seruan kerajaan.


""